Setelah berzaman tidak terusik langsung laman komuniti gg ini..akhirnya ! Aku mula mengorak langkah pertama bagi menyerikan laman yang sudah berhabuk ini..
Ingin ku ucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuanganku kerana akhirnya kita sama-sama dapat mengecap kemerdekaan..setelah lama kalian bertungkus lumus mengerah keringat bagi memikul tanggungjawab sebagai pelajar akhirnya, bebanan yang ditanggung sudah selesai bagi peringkat sekolah. Syabas kuucapkan pada kalian dan juga pada diriku sendiri !
Kini, setelah beberapa hari merasai angin kebebasan, kita sudah dapat menarik nafas lega..kalian juga ada antaranya yang sudahpun membuat Facebook...sudah maju nampaknya ! hahaha. Esok, kita bakal menghadiri jamuan kelas yang julung-julung kalinya diadakan di Pizza Hut ! Tidak sabar rasanya ingin menyambut hari-hari yang indah tersebut dengan kalian...
Di kesempatan ini juga ingin ku pohon maaf seandainya kekhilafan diri menyebabkan kalian terasa hati kepadaku..aku bukanlah wanita yang hebat yang terkecuali dari membuat salah. Jadi, aku harap agar kalian dapat memaafkan sahabat kalian yang seorang ini...hehehe.
Tahun hadapan, aku akan memulakan langkah pertama dengan meninggalkan kalian untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Jadi kepada rakan-rakanku ini, diharapkan agar semuanya dapat menjaga diri masing-masing. Dengan ketiadaanku nanti selama 3 bulan, kalian pergilah menikmati hari-hari indah bersama. Mungkin bagi kalian agak klise bahasaku ini, tetapi walaupun sepertimana yang kalian tahu aku ini sukar beremosi, ingin juga ku ingatkan bahawa jauh di lubuk hati, kalianlah kawan-kawanku yang pertama yang paling ku syukuri apabila mula mengenali. Jika tidak kerana kalian masakan aku boleh terus menjadi wanita yang seperti sekarang ini. Terima kasih wahai sahabat-sahabatku.
Rasanya, sampai disini sahajalah yang ingin ku taipkan buat masa ini..diharap agar laman blog ini tidak sunyi-sepi dan lengang tanpa post-post kalian...
Assalamualaikum...
W
No comments:
Post a Comment